📘 Panduan Pelajar 📗 Panduan Guru 💳 Panduan ToyyibPay Kembali
اِقْرَأْ
Panduan Pendaftaran
Ngaji Empower — Empower Academy Sdn Bhd

Bahagian A: Panduan Daftar Pelajar

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar sebagai pelajar kelas mengaji di Platform Ngaji Empower.

Langkah 1: Buka Halaman Pendaftaran

1

Lawati ngaji.empoweracademy.com.my menggunakan pelayar web (Chrome, Safari, Firefox). Klik butang "Daftar" di bahagian atas sebelah kanan halaman.

Skrin yang akan dipaparkan:
Laman utama dengan dua pilihan: Cari Guru / Daftar Guru
Butang "Daftar" di bahagian atas kanan — klik untuk ke halaman pendaftaran

Langkah 2: Tab "Pelajar" Telah Dipilih

2

Di halaman pendaftaran terdapat dua tab: Pelajar dan Guru. Tab "Pelajar" telah dipilih secara lalai. Pendaftaran ibu bapa berlaku bersama pendaftaran anak — pilih "Anak saya" pada borang pelajar.

Tab pilihan di bahagian atas borang:
[Pelajar] — aktif secara lalai, papar borang pelajar
[Guru] — untuk guru yang mendaftar sebagai penyedia kelas

Langkah 3: Pilih "Diri Sendiri" atau "Anak Saya"

3

Pilih sama ada anda mendaftar diri sendiri (dewasa) atau anak anda. Jika pilih "Anak saya", bahagian Maklumat Penjaga akan muncul automatik.

Bahagian yang dipaparkan:
○ Diri sendiri (dewasa) — bahagian penjaga disembunyikan
○ Anak saya — bahagian Maklumat Penjaga muncul
Umur — masukkan umur pelajar
Jantina — Lelaki / Perempuan
Siapa milik login ini?
Email & password borang utama = milik ANAK (login pelajar — anak guna untuk buat kelas, lihat progress, quiz).
Maklumat Penjaga (nama, emel, telefon, password penjaga) = akaun IBU BAPA yang dicipta automatik. Selepas daftar, anda terus log masuk ke Portal Ibu Bapa untuk pantau progress anak, bayar yuran (ToyyibPay) dan lihat laporan.
• Dua-dua akaun berasingan — anak dan ibu bapa boleh log masuk pada masa yang sama.
Tips: Jika umur dimasukkan kurang daripada 18 tahun, bahagian maklumat penjaga juga akan muncul secara automatik walaupun pilihan "Diri sendiri" dipilih.

Langkah 4: Pilih Guru dan Jenis Kelas

4

Pilih guru dari senarai (nama + rating). Harga dipapar dalam info kelas guru selepas guru dipilih. Pilih jenis kelas: Individu (satu-satu) atau Berkumpulan.

Senarai guru (nama + rating):
Ustaz Ahmad Zulkifli ★5
Ustazah Nur Hidayah ★5
Jenis Kelas: Individu / Berkumpulan
Info kelas guru (selepas pilih): Online/Bersemuka · Campur/Lelaki/Perempuan · RM/bln
Anda boleh pilih "Pilih kemudian" jika belum pasti guru. Pilihan boleh diubah selepas log masuk. Semasa memilih guru, maklumat kelas yang guru tawarkan (mod, jenis gender, harga) akan dipaparkan automatik.

Langkah 5: Klik "Daftar"

5

Sebaik sahaja semua maklumat dilengkapkan, klik butang "Daftar". Anda akan menerima mesej kejayaan dan boleh log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang didaftarkan.

Langkah 6: Log Masuk dan Mula

6

Log masuk menggunakan emel dan kata laluan. Anda akan dibawa ke Portal Pelajar di mana anda boleh: melihat progress, memilih buku Iqra atau Al-Quran, menjawab kuiz tajwid, dan melihat jadual kelas.

Install sebagai App: Di telefon, buka Chrome/Safari → klik menu → pilih "Add to Home Screen". Platform akan dipasang seperti aplikasi biasa dengan ikon اِقْرَأْ.
اِقْرَأْ
Panduan Pendaftaran Guru
Ngaji Empower — Empower Academy Sdn Bhd

Bahagian B: Panduan Daftar Guru

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar sebagai guru mengaji di Platform Ngaji Empower.

Langkah 1: Buka Halaman Pendaftaran & Pilih Tab Guru

1

Lawati ngaji.empoweracademy.com.my/register.php. Klik tab "Guru" di bahagian atas borang. Bahagian khusus guru akan dipaparkan.

Langkah 2: Pilih Gelaran

2

Pilih gelaran: Ustaz atau Ustazah. Gelaran ini akan dipaparkan bersama nama anda di marketplace, profil awam, dan semua dokumen rasmi.

Pilihan gelaran:
Gelaran: [Ustaz ▼] / [Ustazah ▼]
Nama yang akan dipaparkan: "Ustaz Ahmad Zulkifli" atau "Ustazah Nur Hidayah"

Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Guru

3

Isi maklumat berikut:

Maklumat yang diperlukan:
Nama penuh (akan dipaparkan bersama gelaran)
Emel dan kata laluan
No. telefon
Alamat lengkap (bandar, negeri)
Kelayakan (cth: Diploma Tahfiz, Sijil Mengaji)
Pengalaman mengajar (tahun)
Pengkhususan — pilih dari senarai: Iqra, Al-Quran, Tajwid, Hafazan, Tadabbur, Tarannum, Bahasa Arab, Fardu Ain
Bio / Perihal diri
Foto profil dan salinan kad pengenalan
Sijil pengajian / transkrip

Langkah 4: Bersetuju dengan Perjanjian Guru

4

Baca Perjanjian Guru Ngaji Empower v2.1 yang dipaparkan dalam borang. Perjanjian ini merangkumi tanggungjawab guru, model harga, royalti silibus ALQS/Darul Fikir, dan terma penamatan. Tandakan kotak persetujuan.

Langkah 5: Hantar & Tunggu Kelulusan

5

Klik "Daftar". Akaun anda akan berstatus Pending sehingga admin mengesahkan dokumen (sijil + IC). Anda akan menerima notifikasi apabila diluluskan.

Bonus: Akaun baharu menerima Percubaan Premium 14 hari — semua ciri terbuka termasuk marketplace, reminder WhatsApp, dan 0% had pelajar. Selepas 14 hari, akaun beralih ke plan Percuma.

Langkah 6: Lengkapkan Profil & SSM

6

Selepas log masuk, lengkapkan maklumat berikut di halaman Profile:

Pakej harga — tetapkan harga kelas individu dan kumpulan

Maklumat bank — untuk pindahan upah

SSM — no. pendaftaran perniagaan (Premium wajib, Professional digalakkan)

ToyyibPay — secret key akaun ToyyibPay sendiri untuk split payment (lihat Bahagian C)

Warna tema — pilih warna profil (Premium)

Langkah 7: Cipta Kelas & Mula Mengajar

7

Di halaman Kelas, klik "Cipta Kelas". Pilih:

Maklumat kelas:
Nama kelas
Jenis pelajaran: Iqra / Muqaddam / Al-Quran / Tadabbur / Taranum / Bahasa Arab
Mod: Online (Google Meet auto) / Offline (alamat premis)
Jenis Gender: Campur / Lelaki sahaja / Perempuan sahaja
Harga kelas (RM/bulan) — dipapar di marketplace
Pilih pelajar dari senarai
Jadual: hari, masa, berulang mingguan
Keterlihatan: papar di marketplace + jumlah pelajar maksimum
Cipta Kelas

Langkah 8: Kongsi Profil di Marketplace

8

Profil guru anda dipaparkan di marketplace dengan link pendek sendiri (cth: ngaji.empoweracademy.com.my/ustaz-ahmad-zulkifli). Kongsi link ini di status WhatsApp untuk ibu bapa jumpa anda.

5 Murid Percuma: 5 pelajar pertama dikecualikan daripada caj platform (7%/5%/3%). Caj dikenakan hanya pada pelajar ke-6 ke atas. Pelajar tanpa had untuk semua pelan.
اِقْرَأْ
Panduan ToyyibPay untuk Guru
Terima bayaran yuran terus ke akaun anda

Bahagian C: Daftar Akaun ToyyibPay

ToyyibPay ialah gerbang bayaran (payment gateway) yang digunakan oleh Platform untuk memproses yuran pelajar melalui FPX Online Banking dan DuitNow QR. Guru Premium menggunakan akaun ToyyibPay sendiri supaya bayaran masuk terus ke akaun anda (split payment), bukan melalui pihak ketiga.

Kenapa perlu akaun sendiri? Dengan akaun ToyyibPay sendiri (white-label), resit dan invois memaparkan nama anda, wang masuk terus ke bank anda dalam 1-3 hari bekerja, dan anda boleh lihat semua transaksi di dashboard ToyyibPay sendiri.

Langkah 1: Daftar Akaun ToyyibPay (Percuma)

1

Lawati toyyibpay.com dan klik "Daftar" / "Register" di bahagian atas. Isi borang dengan:

• Nama penuh (sama dengan nama guru di Platform)

• Emel aktif dan no. telefon

• Kata laluan

Pendaftaran akaun adalah percuma. Anda akan menerima emel pengesahan — klik link untuk aktifkan akaun.

Skrin pendaftaran ToyyibPay:
Nama Penuh: Ahmad Zulkifli bin Hassan
Emel: ahmad@email.com
Telefon: 012-345 6789
[Daftar] — kemudian sahkan melalui emel

Langkah 2: Lengkapkan Profil & Info Bank

2

Log masuk ke dashboard ToyyibPay. Pergi ke "Profile" / "My Account" dan lengkapkan:

Maklumat perniagaan / individu — nama seperti pada IC

No. pendaftaran SSM (jika ada — wajib untuk Premium)

Maklumat bank — nama bank, no. akaun, nama pemegang akaun

Penting: Pastikan nama pemegang akaun bank sama dengan nama yang didaftarkan. Bayaran yuran pelajar akan masuk ke akaun ini.

Langkah 3: Ambil Secret Key

3

Di dashboard ToyyibPay, klik ikon "Profile" di menu sebelah. Anda akan nampak Secret Key — kod panjang seperti:

Secret Key: 8gmx2f9k-a1b2-c3d4-e5f6-gh7i8j9k0l1m

Klik "Copy" atau salin kod tersebut.

Keselamatan: Jangan kongsi Secret Key dengan sesiapa selain melalui ruangan di Profile Platform. Secret Key adalah seperti kata laluan akaun ToyyibPay anda.

Langkah 4: Paste Secret Key di Profil Guru

4

Log masuk ke Portal GuruProfile Guru. Cari bahagian "Pendaftaran SSM & ToyyibPay". Paste Secret Key dalam medan "Secret Key ToyyibPay" dan klik simpan.

Bahagian di Profile Guru:
No. Pendaftaran SSM: 2026-0012345-6
Secret Key ToyyibPay: •••••••••••••••• (paste di sini)
Bandar: Shah Alam | Negeri: Selangor
Simpan

Langkah 5: Cara Bayaran Berfungsi Selepas Ini

5

Selepas Secret Key disimpan:

1. Ibu bapa menerima invois bulanan melalui sistem

2. Mereka klik "Bayar" — halaman pembayaran ToyyibPay dibuka dengan nama anda sebagai penerima

3. Bayaran dibuat melalui FPX / DuitNow QR / kad

4. Yuran masuk ke akaun ToyyibPay anda — caj platform dipotong automatik, baki bersih untuk anda

5. Resit dijana dan dihantar automatik kepada ibu bapa

Aliran wang:
Ibu bapa bayar RM100 → ToyyibPay
Caj platform dipotong automatik (3% Premium / 5% Professional / 7% Percuma)
Baki bersih masuk bank guru (cth: RM97.00 untuk Premium)
Tanpa akaun ToyyibPay sendiri? Guru Percuma & Professional boleh guna akaun ToyyibPay platform (Empower Academy). Upah akan dipindahkan ke akaun bank anda melalui sistem payout selewat-lewatnya 7 hari selepas bulan berakhir. Akaun sendiri diperlukan untuk plan Premium (white-label).